Rabu, 30 Mac 2011

Pendapat Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Sumpah Liwat




Perkataan ‘KALAU’ Akan Membukakan Pintu Amalan Syaitan



Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]




Kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALL
AH yang mentaqdirkan setiap sesuatu.

Tarian Poco Poco Di Fatwa Haram






Rabu, 16 Mac 2011

Video Penghinaan Terhadap Islam



Terjemahan apa yang dikatakan di dlam U-tube.
 
 Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. 
 
" Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! "

PPIM : MEREKA INI SANGAT KURANG AJAR, MEREKA MEMPERSENDAKAN AZAN !!! TAKKAN KITA NAK TENGOK DAN GELAK SAMA DENGAN MEREKA?


Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia



Jumaat, 11 Mac 2011

Jepun Di Landa Tsunami



TOKYO - Tsunami berlaku setelah gempa bumi yg terkuat dalam sejarah Jepun menghempas pantai timur hari ini. Ombak Tsunami setinggi 23 kaki tersebut menghayutkan bot, kereta, rumah, manusia dan menyebabkan kebakaran yg tak terkawal. Lebih 10000 orang terkorban, beribu - ribu masih hilang, dan beratus - ratus orang cedera.




Gempa Bermagnitud 8.9 tersebut di ikuti dengan 19 gegaran, kebanyakan dari gegaran tersebut bermagnitud lebih dari 6.0. Berbelas - belas bandar dan kampung sepanjang 1,300 batu merentasi persisiran pantai bergegar kuat sehingga boleh dirasai di Tokyo, yg beratus batu dari pusat gempa.


Amaran Tsunami untuk negara New Zealand, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii dan beberapa negara lain.