Ahad, 30 Januari 2011

Lin Dan juara Terbuka Korea tewaskan Chong Wei


SEOUL: Lin Dan dari China muncul juara badminton Terbuka Korea selepas kalahkan Lee Chong Wei 21-19,14-21,21-16 pada final sebentar tadi

Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang





14,753 pengundi berdaftar
10,579 orang keluar mengundi 

5:00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang diutup.
5:40pm: Kotak undi dibawa ke dewan serbaguna Majlis Daerah Labis untuk penjumlahan undi.

6.10pm: Undi pos: BN - 115, PAS - 3, rosak - 1.
6.15pm Bandar Baru Labis (S1): PAS - 123, BN - 64.

6.22pm Bandar LabisTengah (S4): PAS - 209, BN - 90.
6.27pm: PAS - 1,136, BN - 634.

6.31pm SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.
6.34pm: Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365
Setakat ini, BN mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.36pm: Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.
6.50pm: BN 2,038, PAS 1,207

6.51pm: Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67
6.53pm: BN 3,737, PAS 1,692, majoriti 2,045

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.
Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira. 

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.
6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Sabtu, 29 Januari 2011

Chong Wei & Gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong Mara Ke Suku Akhir Terbuka Korea Super Series 2011

Chong Wei Menewaskan Pemain Korea Park Sung Hwan 21-14, 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung selama 35 minit. Dan dijadualkan bertemu Pemain dari China Wang Zhengming Jumaat ini.

Lin Dan yang turut mara ke suku akhir akan bertemu Pemain Indonesia Taufik Hidayat Untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menewaskan beregu dari China Hong Wei/Shen Ye 25-23, 11-21, 21-19. Dan akan bertemu rakan senegara Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock yang menewaskan Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan dari Indonesia 21-18, 21-12.

Wang Xin dari China yang juga pemain pilihan  kejohanan menumpaskan pemain wanita nombor 1 negara Wong Mew Choo 21-16, 21-9.

Sumber: Bernama

Keputusan AFC 2011 Final 29/1

Selasa, 25 Januari 2011

DrBook dari Dr. Rozmi bakal dilancarkan 2 Februari 2011

Dr Rozmi kini sedang dalam proses ccountdown ke pelancaran drbooknya.
Dengan mengunkan URL drbook2u.com laman web ni sememangnya dinantikans eluruh rakyat Malaysia. Ya, kritikan yang lalu nampaknya masih belum menunjukkan tanda2 usahawan ini akan berundeur dari mencuba. Apapun sama-sama kita nantikan kemunculan DrBook. Target saya pada hari pertama akan ade 5000 iorang mendaftar Drbook2u.com ni. Sama-sama kita saksikan!


Isnin, 24 Januari 2011

Jawatan Kosong Untuk Yg Beragama Islam

Gambar Perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan








Bantu adik Mohd. Shah Abdul Razak

1 Jun 1999, Malaysia digemparkan dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun disula sehingga ke paras tengkuk oleh seorang pemotong rumput. Kes menyayat hati ini telahpun memberikan impak yang besar kepada ibu bapa dan mencetus kebimbangan sekiranya perkara sedemikian berulang.


Pelaku jenayah tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun dan hukuman sebatan sebanyak 20 kali sebatan. Sekalipun si pelaku sula tersebut sedang dipenjara, namun dia masih lagi terlepas dari menanggu azab dan siksa yang ditanggung adik Mohd Shah serta keluarganya. Laporan berita hari ini merayu orang ramai yang bersimpati untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang juga sudah kehilangan ayahanda tercinta.
Kini kesusahan keluarga tersebut di tanggung oleh ibunya yang uzur bersama bapa saudaranya. Bloggers sekalian, luangkan masa selama 5 minit, kongsikan penulisan ini ke dalam blog post terbaru anda. Adapun kiranya ia tidak seberapa, namun usaha kita bersama-sama menyemarakkan rasa prihatin mungkin dapat mengurangkan penderitaan yang dialami keluarga ini. Bayangkanlah kiranya anda terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bekas takungan tinja sepanjang hayat.

Singkap kisah menyayat hati ini di sini | Kosmo | Utusan

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Puan Jamilah (ibu kepada Mohd Shah) menetap di alamat
No. 9, Jalan Pahlawan 12,
Bandar Tenggara,
Kulaijaya
Telefon 07-8966970 dan 017-7893200.
Bersama mewujudkan masyarakat penyayang menerusi blog dan penulisan

Penulisan Khidmat Sosial |  komuniti-blogger.com

Bawah nie pulak artikel dari Utusan tahun 1999 mengenai kes menyayat hati nie (yg buatkan aku mengalir air mata pasal aku sememangnya cengeng), yg aku copy paste dari website nie.

Johor Bahru - Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah dia mengaku bersalah mendatangkan cedera parah dengan menyula seorang murid sekolah menggunakan sebatang kayu.

Roslan Imun @ Mon, 30, seorang pemotong rumput mengaku bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Mohd. Shah A. Razak, 12, pada 1 Jun lalu di antara pukul 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi.
Roslan telah mencucuk kayu sepanjang 0.51 meter ke dalam dubur pelajar itu sehingga menyebabkan dubur Mohd. Shah berdarah dan pundi kencingnya pecah.

Kayu itu dimasukkan dari dubur mangsa sehingga ia mengenai bahagian leher mangsa.
Hakim Siti Mariah Ahmad ketika menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan berkata, Roslan telah bertindak ganas di luar batas kemanusiaan biasa.
Menurutnya, tertuduh tidak pernah insaf terhadap perbuatannya sebelum ini iaitu kesalahan membunuh tanpa niat yang dilakukannya pada 16 Oktober 1985 sehingga mengakibatkannya dipenjara 20 tahun.

 ''Mahkamah berpendapat orang kena tuduh dihukum berat sebagai pengajaran kepada orang ramai dan mencegah orang lain daripada melakukannya dan (dengan ini) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap (Jun lalu),'' kata Hakim Siti Mariah.

 Menurut fakta kes, Mohd. Shah telah didatangi oleh tertuduh yang sedang memikul seguni durian pada petang 1 Jun lalu.

 Tertuduh telah meminta mangsa membawa guni durian itu menggunakan basikal ke dalam semak yang berhampiran. Apabila tiba di dalam semak, tertuduh terus menyerang mangsa dengan menumbuk muka, dada dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga mangsa pengsan.

 Fakta kes menyebut, apabila mangsa sedar, mangsa mendapati tertuduh telah tiada dan mangsa merasa duburnya kesakitan. Apabila mangsa meraba duburnya didapati duburnya telah berdarah dengan banyak dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter.

 Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, ketika berhujah berkata, mengikut laporan perubatan kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan si mangsa telah koyak dan pundi kencing telah ditembusi oleh kayu itu.

 ''Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa),'' katanya.

 Ishak menegaskan, walaupun tertuduh mengaku salah, diskaun hukuman tidak boleh diberi kerana tertuduh baru keluar dari penjara pada 16 Februari lalu di atas kesalahan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

 Ishak berkata, mahkamah tidak perlu menaruh simpati kepada tertuduh kerana dia seorang yang agresif dan menggunakan kekerasan peringkat tertinggi.

 Katanya, akibat perbuatan Roslan, Mohd. Shah kini terpaksa membuang air kecil dengan menggunakan tiub. Mohd. Shah mengalami kecederaan dan koyak di bahagian dubur, kerosakan pundi kencing dan usus kecil dan terpaksa menjalani pembedahan.

 Roslan ketika diminta membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya berkata: ''Saya meminta menjalani hukuman di Hospital Tampoi kerana pernah masuk hospital itu.''

 Roslan, yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, masalah keluarga menyebabkan dia bertindak demikian.

 Bagaimanapun, Ishak ketika menggulung hujah berkata, Roslan perlu disimpan di penjara supaya tertuduh berada jauh dari masyarakat demi kepentingan orang ramai.

 Roslan juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh Mohd. Shah.

 Bagaimanapun, dia tidak mengaku salah dan meminta dibicarakan. Mahkamah menetapkan Roslan dikenakan perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.

Bengang tak?? Tertuduh yg psycho nie boleh pulak mintak dimasukkan kat Hospital Tampoi, pasal katanya pernah dimasukkan ke situ sebelum nie.. Setau aku ar kan, kalau orang tu gila, diye takkan mengaku yg diye gila! Kejam ok! Takde perikemanusiaan langsung!

Di masa nie, mangsa, Mohd. Shah Abdul Razak sangat memerlukan bantuan, obviously dari segi kewangan untuk meneruskan hidup.. So pada sesiapa yg bersimpati dan prihatin, bolehlah menghulurkan bantuan.. Once again aku repeat cara untuk menghubungi Mohd. Shah..

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan, Jamilah menetap di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200.

Sama2 kita doakan semoga Mohd. Shah dan family diye tidak lagi berada dalam kesusahan.. Dan sekali lagi aku ingatkan untuk para ibu dan bapa di luar sana supaya sentiasa pantau dan perhatikan anak2 kita, mudah-mudahan kes seumpama ini takkan berulang lagi pada sesiapa pun..

Pemandu Lori Hilang Bersama 2 Kereta Mewah

 SITI HALIMAH bersama anaknya, Yunazri melihat gambar Yusaini yang hilang sejak beberapa hari lalu di rumahnya di Besut semalam.

 Rozimi Ismail bersama anak-anak menunjukkan gambar Yusaini Mohamad (gambar kecil) yang hilang ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur di Kampung Pengkalan Kubur Tembila, Besut, Terengganu, semalam.


BESUT 18 Jan. – Seorang pemandu lori, Yusaini Mohamad sepatutnya membawa dua buah kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz milik syarikat Kumpulan Naza yang baru siap dipasang di Kuantan, Pahang ke ibu negara.

Malah, dia sempat menghubungi isterinya, memaklumkan dia hampir tiba di Kuantan, Jumaat lalu sebelum mengambil dua kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, Yusaini, 37, yang sepatutnya tiba di ibu negara sehari kemudian gagal dikesan, bukan sahaja oleh isterinya, malah syarikat pengangkutan Naza Transport, tempat dia bekerja.

Kehilangan bapa kepada empat orang anak berusia antara 3 hingga 9 tahun itu jelas sekali membimbangkan isterinya, Rozimi Ismail, 33.

Menurut Rozimi, dia mulai cemas apabila rakan suami menghubunginya awal pagi semalam memberitahu lori yang dibawa Yusaini tersadai tanpa muatan di tepi jalan Kampung Paya Pasir di Maran, Pahang.

“Rakan suami saya memberitahu, Yusaini tiada di situ, begitu juga dua buah kereta Mercedes yang diangkut, tiada di atas lori. Lalu saya cuba menghubungi suami berkali-kali tetapi gagal.

“Saya bimbang kerana suami saya tidak pernah pernah mematikan telefon bimbitnya dan walaupun betapa sibuk, sekurang-kurangnya dalam sehari dia pasti akan hubungi saya sekali,” kata Rozimi.

Menurutnya, sebelum pergi ke Kuantan Jumaat lalu, suaminya yang memandu dari Gurun, Kedah, sempat singgah di rumah mereka di Kampung Pengkalan Kubor Tembila dekat sini.

“Sampai di rumah, dia tidak turun lori kerana ingin terus ke Kuantan, cuma menghulurkan sehelai baju untuk dibasuh dan mendukung anak bongsu kami, Mohd. Syabil.

“Saya dimaklumkan, dia akan mengambil dua buah kenderaan di Kuantan dan sepatutnya sampai di Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Semalam, dia sepatutnya menghantar kenderaan itu di premis Naza di Klang, Selangor,” jelasnya.

Berikutan kehilangan Yusaini itu, Rozimi membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja di sini semalam selain mengadakan solat hajat malam tadi bagi memohon keselamatan suaminya yang bekerja dengan syarikat itu sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Utusan
19 Jan 2011

Jumaat, 21 Januari 2011

Badminton - Koo-Tan kalah mengejut kepada gandingan muda China


KEJUTAN terbesar tercipta pada hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila pasangan beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir awal selepas tewas kepada pasangan muda China, Shen Ye-Hong Wei dalam pusingan pertama di Stadium Putra, Bukit Jalil, lewat malam tadi.

Juara bertahan dan pilihan pertama kejohanan yang menjadi sandaran utama kecundang 16-21, 21-18, 16-21 kepada lawan yang mereka temui buat julung kali.
Apapun, Lee Chong Wei seperti diramal melangkah ke pusingan kedua selepas bermandi peluh menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-17, 21-18. Pemain nombor satu dunia itu akan menentang lawan dari Hong Kong, Hu Yun, hari ini - sekali gus merebut tiket ke suku akhir.

Turut mencipta ceria buat kem negara adalah jaguh wanita kebangsaan, Wong Mew Choo yang mara selepas menewaskan pemain China, Lu Lan 13-21, 22-20, 21-12 dan akan bertemu pilihan pertama, Wang Xin juga dari China pada pusingan kedua, hari ini.

Juara Olimpik dan dunia, Lin Dan juga memperagakan kelibat pada pusingan pertama dengan menewaskan rakan senegara dari China, Wang Zhengming 21-18, 21-16.

ADUN Merlimau meninggal dunia 8.10 malam tadi

EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Merlimau, 
Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi.


BANDAR HILIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra, Melaka. Ia disahkan doktor yang merawat EXCO Kerajaan Negeri Melaka itu, Datuk Dr Suhaimi Mohd Uda sebentar tadi. 

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kerayong selepas solat Jumaat, esok sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Chinchin, Jasin. 

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.


KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengiringi jenazah ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 55, dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Merlimau. - Foto Rasul Azli Samad

Khamis, 20 Januari 2011

 Debat: Najib wajar sambut tawaran Anwar

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua untuk berdebat berkaitan isu Buku Jingga wajar disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Ini bagi memberikan ruang pertimbangan yang sama rata kepada rakyat dalam menilai hujah oleh kedua-dua pihak.
Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Zaki Sukery (atas) berkata, golongan mahasiswa kampus di seluruh negara memang ternanti-nanti penganjuran debat kerana ia merupakan salah satu wasilah berkesan dalam mematangkan tawaran pimpinan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila berbicara soal pengurusan negara.

Katanya, Ia juga dilihat bakal memperluas pandang sisi mahasiswa dalam menilai kualiti dan kompetensi kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini, ujarnya disebabkan oleh mahasiswa merupakan pewaris masa depan negara dan penentu kepada pimpinan sekarang berdasarkan komposisi mereka yang termasuk dalam golongan pengundi muda, kelompok yang membentuk 4.6 juta daftar pemilih atau hampir 50 % daripada jumlah pengundi keseluruhan.  
Beliau turut menegaskan bahawa debat juga tidak patut dilihat sebagai unsur pemecah belah kerana ia merupakan salah satu aktiviti ilmiah di alam kampus, bahkan turut dijadikan bentuk pertandingan domestik atau antarabangsa.

Tambahan pula, katanya banyak negara maju turut mengamalkan konsep debat dalam usaha menyakinkan rakyat kepada tawaran masing-masing, contohnya seperti dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama dan John McCain.

Tambah beliau lagi, beberapa pertikaian kepada Buku Jingga seperti yang dimuatkan di dalam media perdana ialah bersifat pramatang dan tidak berasas kerana ia tidak bersandarkan hujah yang konkrit dan hanya berlandaskan rasa curiga semata-mata.

“Maka, sewajarnya tawaran debat diterima bagi membumikan nilai politik Malaysia dengan pendekatan intelektual dan ilmiah, berbanding pendekatan emosional dan fitnah,” ujarnya.

Beliau juga menyokong penuh saranan awal Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Mohd Hassan bahawa, Gamis turut bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ di dalam penganjuran debat itu jika perlu.
Ini kerana ia merupakan satu entiti mahasiswa yang terbesar di kampus, mengandungi kira-kira 5,000 orang ahli berdaftar dan tidak mewakili kepentingan mana-mana parti politik.

Dua bayi dibiarkan mati di tempat buang sampah

2011/01/20

KARACHI: Mayat dua bayi kecil diberi mandian terakhir sebelum dikebumikan di sini, selepas dibiarkan mati di tempat pembuangan sampah di bandar di selatan Pakistan.

“Mereka hanya berusia sehari atau dua hari,” kata pekerja sukarelawan Mohammad Saleem, menuding kepada dua mayat kecil yang dimandikan oleh rakannya di rumah mayat kebajikan. Di negara konservatif, di mana kelahiran bayi luar nikah dikutuk dan berzina dihukum mati, pembunuhan bayi kini menjadi jenayah semakin meningkat. Lebih 1,000 bayi, kebanyakannya perempuan, dibunuh atau dibiarkan mati tahun lalu menurut anggaran Yayasan Edhi, badan kebajikan.

Angka pembunuhan bayi dikumpul hanya dari bandar utama Pakistan, meninggalkan balutan besar di negara yang sebahagian besarnya kawasan pedalaman, dan badan kebajikan itu berkata Disember lalu saja ia menemui 40 mayat bayi dibuang dalam tong sampah dan pembetung. – Agensi

Oprah Pernah Cuba Bunuh Diri

Selebriti tertekan akibat hamil diperkosa ketika usia 14 tahun 


LOS ANGELES: Jutawan dan selebriti terkenal, Oprah Winfrey mengejutkan peminatnya apabila akhirnya membuat pengakuan secara terbuka dia pernah hamil selepas diperkosa dan cuba untuk membunuh diri ketika berusia 14 tahun berikutan insiden terbabit. 

Ketika saya menyedari saya hamil, saya terfikir lebih baik jika saya mati sebelum bayi terbabit lahir dan terpaksa memikul tanggungjawab berat sebagai ibu pada usia 14 tahun.

“Saya tidak bersedia kerana masih terlalu muda dan ia membuatkan saya tertekan kerana tiada tempat untuk mengadu masalah saya,” katanya dalam rancangan bual bicara Cable News Network (CNN), Piers Morgan Tonight, yang dihoskan bekas juri rancangan realiti dan penyunting akhbar, Piers Morgan.

Jutawan itu berkata tanpa berfikir panjang beliau nekad untuk meminum air sabun dan berharap dirinya akan mati dan ia dianggap jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bagaimanapun umurnya masih panjang.

“Saya melakukan perkara bodoh kerana meminum air sabun. Ketika itu saya benar-benar memerlukan pertolongan tetapi tidak memperolehnya. Saya buntu dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah itu. Saya sangat takut dan hanya mampu menangis,” katanya.

Oprah berkata akibat tindakannya itu bayi yang dikandungnya keguguran.
“Saya menjadi begitu murung ketika itu dan saya menyangka hidup saya sudah hancur. Bagaimanapun saya akhir berjaya bangkit semula untuk meneruskan kehidupan saya,” katanya.

Jutawan itu juga mengakui beliau pernah mengalami kemurungan yang teruk pada 1998, apabila filem lakonannya Beloved, gagal memasuki senarai pecah panggung.

“Saya benar-benar kecewa ketika itu. Saya cuba menangani kemurungan dengan menjadikan makanan sebagai penawar. Saya makan tidak henti-henti,” katanya.

Oprah menambah dia menghabiskan sehingga 15 kilogram makanan berlemak termasuk burger dan keju.

Bagaimanapun kata Oprah, beliau akhirnya menyedari perlu berbuat sesuatu dan mendapatkan pertolongan sehingga berjaya mengatasi kekecewaannya.

“Pengalaman ini mengajar saya jika kegagalan berlaku, saya mesti berbuat sesuatu untuk memastikan ia tidak berulang lagi dan menghancurkan kehidupan saya,” katanya. – Reuters

Adik Hairuman Memerlukan Bantuan Rakyat Malaysia 2

Adik setuju potong tangan
2011/01/20


KLANG: Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya, akhirnya membenarkan kedua-kedua tangan serta ibu jari kaki kirinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas mendapat nasihat doktor yang mengesyorkannya untuk berbuat demikian.

Kakak Mangsa, Maryuni Miskon, 32, berkata adiknya, Muhammad Hairuman, 22, bersetuju menjalani pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius. 

Muhammad Hairuman dilihat memasuki bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berjanji menyalurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Kami sangat bersimpati dengan mangsa dan berjanji membantu mangsa untuk mendapatkan sumbangan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping mendapatkan peralatan seperti tangan palsu.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung perkara ini bagi mendapatkan bantuan susulan selain Kelab Putera 1Malaysia akan membantu mangsa menjalani kehidupan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar HTAR, di sini, semalam.

Abdul Azeez juga turut menghulurkan sumbangan RM1,500 daripada Kelab Putera 1Malaysia kepada mangsa yang diwakili kakaknya.
Muhammad Hairuman, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.

Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Semoga dapatlah kita menderma walaupun sedikit. Sekarang hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita pula. Kepada blogger-blogger dapatlah kiranya anda copy dan paste di blog anda. Kepada blogger copy&paste pula jangan lupa nak copy entry ini letak di blog anda.


Ahli Parlimen Serdang Diugut

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.


Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya.

Chen tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab tetapi berkata akan membiarkan polis menjalankan siasatan, tetapi berkata mereka akan meminta pihak berkuasa meningkat kawalan keselamatan.
“Jadual Teo tidak akan terjejas dan beliau akan menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen seperti biasa,” katanya.


Teo membuat laporan pada ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 11.45 pagi ini.

Dalam laporan polisnya, Teo berkata rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi daripada sebuah kedai bersebelahan pejabatnya menunjukkan dua lelaki tidak dikenali yang menggantung ayam dan poster itu. Kejadian itu berlaku sekitar jam 1.56 pagi ini.

Menurut laporan itu lagi, seorang daripada suspek memakai topi dan mereka turut mengambil “gambar-gambar perbuatan mereka itu.”

Teo (berbaju putih) sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh beberpa pihak yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak bertudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.


Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo ekali lagi dituduh berpakaian tidak sesuai ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

PM Lupa Ziarah Jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Tenang



LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.


Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Adam & Jamie (Mythbuster) hanya memerlukan 80 millisaat untuk melukis potret MONA LISA

Siapa yang tak kenal dengan Jamie dan Adam dalam rancangan MythBusters kan? Yang tak kenal tu mungkin rumahnya takde astro kot.. Hehe.. MythBusters selalu merungkai mitos dengan kajian yang dan demostrasi yang kadang kala menarik minat kita untuk mengetahui dengan lebih lagi walaupun mitos yang ingin dirungkaikan sangat merepek sekali. Jamie dan Adam kali ini membuat kejutan dengan mencipta satu mesin yang menggunakan 1100 senapang paintball untuk melukis potret monalisa dengan hanya satu butang sahaja.

Tapi tak la secantik lukisan awal.. Huhu.. Jangan marah ar.. Kagum sikit dengan mesin yang diciptanya tu..

Shaolin Soccer Bukan Rekaan ?

Gambar ini diambil dari Sekolah Shaolin Tagou Wushu di China.




Adik Hairuman Memerlukan Bantuan Rakyat Malaysia

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.
 
 
 

 
 
Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.

Semoga dapatlah kita menderma walaupun sedikit. Sekarang hari dia, mana tahu suatu hari nanti hari kita pula. Kepada blogger-blogger dapatlah kiranya anda copy dan paste di blog anda. Kepada blogger copy&paste pula jangan lupa nak copy entry ini letak di blog anda.

Sumber: Minta Bantuan Dari Pembaca MalaysiaSensasi | MalaysiaSensasi.Net

Selasa, 18 Januari 2011

AFC Asian Cup Qatar 2011 - Schedule & Results