Jumaat, 21 Januari 2011

Badminton - Koo-Tan kalah mengejut kepada gandingan muda China


KEJUTAN terbesar tercipta pada hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila pasangan beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tersingkir awal selepas tewas kepada pasangan muda China, Shen Ye-Hong Wei dalam pusingan pertama di Stadium Putra, Bukit Jalil, lewat malam tadi.

Juara bertahan dan pilihan pertama kejohanan yang menjadi sandaran utama kecundang 16-21, 21-18, 16-21 kepada lawan yang mereka temui buat julung kali.
Apapun, Lee Chong Wei seperti diramal melangkah ke pusingan kedua selepas bermandi peluh menewaskan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-17, 21-18. Pemain nombor satu dunia itu akan menentang lawan dari Hong Kong, Hu Yun, hari ini - sekali gus merebut tiket ke suku akhir.

Turut mencipta ceria buat kem negara adalah jaguh wanita kebangsaan, Wong Mew Choo yang mara selepas menewaskan pemain China, Lu Lan 13-21, 22-20, 21-12 dan akan bertemu pilihan pertama, Wang Xin juga dari China pada pusingan kedua, hari ini.

Juara Olimpik dan dunia, Lin Dan juga memperagakan kelibat pada pusingan pertama dengan menewaskan rakan senegara dari China, Wang Zhengming 21-18, 21-16.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan